Friday, July 24, 2009

SOUTUL 'ABQARIY DI FORUM PERDANA

KEPALA BATAS 24 Julai - Kumpulan Soutul 'Abqariy telah diundang untuk membuat persembahan nasyid sempena Forum Perdana Ehwal Islam "Isra' dan Mi'raj". Bertempat di Dewan SMK Bertam Indah, kumpulan tersebut menyampaikan dua buah lagu iaitu "Al-Quran Teras Modal Insan Cemerlang" dan "Kesucian Islam" dengan didahului lagu "Boria Ahlan". Program yang julung -julung kali diadakan itu adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Kelab Guru SMK Bertam Indah dengan kerjasama PERKIM Kepala Batas.

أهلا وسهلا ومرحبابكم

Bersama Cenderahati Yang Diterima Selepas Membuat Persembahan...

SEDUTAN PERSEMBAHAN

"BORIA AHLAN"

Assalamualaikum Kami Mulakan,

Ahlan Wa Sahlan Kami Ucapkan,

Saudara Saudari Tuan dan Puan,

Forum Perdana Majlis Ilmuan,

Kumpulan Soutul 'Abqariy Tampil Ke Hadapan,

Mengajak Kebaikan Sambil Menghiburkan,

Mana Yang Baik Jadi Tauladan,

Mana Yang Buruk Jadi Sempadan.

Saturday, July 18, 2009

HAK'09

Kumpulan Nasyid Soutul 'Abqariy Bergambar Kenangan Sebelum Mengadakan Persembahan Semasa Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bertam Indah Kali Ke-7 (HAK'09) Pada 18 Julai 2009
Berdiri Dari Kiri : Haziq, M. Ilya Faisal, M. Farhan, Hafiy & M. Irfan
Duduk Dari Kiri : Qayyum Azfar, M. Syafiq & M. Farwiz.
(Tiada Semasa Persembahan : Mirza Rusyaidi)
...bersambung

Thursday, July 9, 2009

UNDANGAN NASYID

KEPALA BATAS 8 Julai - Kumpulan Soutul 'Abqariy dijadual akan menyampaikan sebuah persembahan nasyid sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bertam Indah 2009 pada hari Sabtu bersamaan 18 Julai 2009 ini.

Kumpulan yang dibarisi oleh Muhammad Farhan selaku vokal utama, Muhammad Ilya Faisal, Muhammad Irfan, Qayyum Azfar dan Muhammad Syafiq akan menyampaikan dua buah lagu iaitu "Al-Quran Teras Modal Insan Cemerlang" dan "Kesucian Islam". Mereka akan diiringi oleh Hafiy, Haziq, Mirza Rusyaidi dan Muhammad Farwiz yang bertindak sebagai pemain alat muzik kongga, bonggo, gendang, marakas dan tamborin. Apa yang menarik, kumpulan yang telah dinobatkan sebagai Johan Nasyid Peringkat Kelompok R15 dan Naib Johan Peringkat Daerah Kepala Batas dalam Karnival Nasyid MTQSS 2009 baru-baru ini bakal mengalunkan kedua-dua buah lagu tersebut dalam bentuk medley. Setakat berita ini ditulis mereka dilaporkan telah giat menjalankan latihan bagi menyempurnakan undangan tersebut.

Wednesday, July 8, 2009

ALBUM...

Segak Bergaya...




Kumpulan Soutul 'Abqariy ketika mengetuai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Bertam Indah

MTQSS 2009

Kumpulan Soutul 'Abqariy Melakar Sejarah Buat Pertama Kalinya Apabila Berjaya Bergelar Johan Nasyid Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kelompok R14 2009. Walaupun Sekadar Mengondol Gelaran Naib Johan MTQSS Daerah Utara Selepas Itu, Kumpulan Tersebut Tetap Berpuas Hati Kerana Komitmen Yang Ditunjukkan Di Kalangan Ahli Amat Tinggi Sepanjang Sesi Latihan Yang Diadakan Walaupun Masing-masing Sibuk Dengan Persediaan Untuk Mengulangkaji Pelajaran Bagi Menghadapi Peperiksaan UPSR Yang Akan Berlangsung Tidak Berapa Lama Lagi.
TAHNIAH DAN SYABAS DI ATAS KEJAYAAN YANG DIKECAPI...


Ahli Kumpulan Nasyid Soutul 'Abqariy Menerima Hadiah Berupa Sijil dan Piala Johan Nasyid MTQSS 2009 Daripada Penolong Kanan 1 SKBI Pn. Hawa Bt. Mat Yazid

(SEDUTAN PERSEMBAHAN SEMASA HARI MTQSS)


"AL-QURAN TERAS MODAL INSAN CEMERLANG"

"KESUCIAN ISLAM"