Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Dulu dan Kini...



TAHNIAH!!!

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN CEMERLANG 5 ORANG AHLI NASYID KUMPULAN SOUTUL 'ABQARIY DALAM UPSR 2009.

1. MUHAMMAD FARHAN B AMRI - 5A
2. HAFIY B HUSNI - 5A
3. MUHAMMAD IRFAN B MOHD MOKHTAR - 5A
4. ABDUL SHAFIQ AFFENDY B ABD JALAL - 5A
5. MUHAMAD ILYA FAISAL B CHE MOHAMAD ILIAS - 4A1B

Tuesday, September 29, 2009

KEAMANAN : Hijjaz, Rabbani, Raihan & Brothers

Didekasikan Untuk Seluruh Rakyat Palestin...
Semoga Perjuangan Anda Membebaskan Palestin Daripada Cengkaman Yahudi Akan Beroleh Kemenangan Di Akhirnya... Amin.








Keamanan

Tangisan selubungi alam, Kisah manusia yg terleka
Terhina di bumi sendiri, Kifarah terbiar dari Ilahi
Hilang segala apa yg dibina, Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya
Dengan air mata,Sukar bertukar duka
Cahya harapan berubah gelita,
Kepayahan hidup yg amat sengsara
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan

( Kasih sayang sesama insan )



Hulurkan bantuan, Kepada yang memerlukan
Perhatian dan Pembelaan, Belah kasihan
Semaikan benih keimanan, Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita



( kanak-kanak )
Sinar dan harapan,Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita, Memerlukan pengorbanan semua
Masa hadapan yg kita impikan, Dunia yg penuh ceria
Hidup aman sentosa, Bahagia



( korus )
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang, Harapan dalam kehidupan, Setiap insan
Hulurkan bantuan, Kepada yg memerlukan
Perhatian dan Pembelaan, Belah kasihan
Hentikan sengketa, Hilangkanlah penderitaan
Kita sesama manusia, Bersaudara

Thursday, September 24, 2009

IHYA' RAMADHAN




Pada Hari Khamis Ramadhan 1430H bersamaan 17 September 2009 yang lalu Kumpulan Soutul 'Abqariy telah mengadakan persembahan nasyid sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Kemuncak Program Ihya' Ramadhan 2009 SK Bertam Indah. Majlis yang dirasmikan penutupannya oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah SPU, Tn. Hj. Abu Bakar b. Muad itu dimulakan dengan paluan kompang bagi mengiringi peserta khatam yang seramai 200 orang dan dif-dif kehormat masuk ke dewan terbuka. Majlis yang diserikan dengan aluan syahdu Asma' Al-Husna pada awalnya turut menampilkan 19 peserta khatam yang menwakili 200 murid khatam bagi mengalunkan bacaan surah-surah Al-Quran bermula dengan surah al-Dhuha dan diakhiri dengan surah al-Nas di atas pentas. Kumpulan Soutul 'Abqariy menyampaikan sebuah lagu yang berjudul "Sinar Ramadhan" yang pernah dipopularkan kumpulan nasyid terkenal tanah air iaitu Hijjaz.

Sunday, September 20, 2009

Monday, September 14, 2009

HIJJAZ : Sinar Ramadan

Sinar Ramadan menyeri lagi,
Bulan rahmat bulan yang dinanti,
Banyakkanlah amal dan bakti,
Ramadan dirahmati Ilahi,

Bersyukur di Ramadan yang mulia,
Kerana masih dipanjangkan usia,
Mungkin nikmat dunia tak seberapa,
Tak sama nikmat Iman dan Islam,
Tak semua orang dapat merasa,
Iman dan Islam paling berharga,

Bukan mudah mengawal nafsu,
Ujian mendatang syaitan memburu,
Bermujahadah melawan nafsu,
Agar diterima amalanmu,

Ini hanya ujian di dunia,
Tak sama dengan di akhirat nanti,
Bukan sekadar lapar dahaga,
Tapi seksa pedih yang menanti,
Bersabar dengan ujian dunia,
Akan menanti balasan di syurga.

Monday, September 7, 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 SKBI

SELAMAT MENDUDUKI UPSR KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 SKBI Pada 8 hingga 10 September 2009... Terutama Kepada Ahli Kumpulan Nasyid Soutul 'Abqariy (Hafiy, Irfan, Farhan, Ilya & Shafiq) Semoga Kejayaan Mengiringi Kalian! SKBI Boleh!!! -Webmaster









Sunday, September 6, 2009

ALBUM 2005 - Soutul Hadhari



Masih ingat lagi pada Kumpulan Soutul Hadhari? Ha.. mereka ni semuanya murid-murid tahun 6 sesi 2005. Kalau nak tau,la semua dah berada di F4 kt sek. menengah. Ada yg di SMKBI, SMKA Al-Irshad, Maktab Mahmud, A.Setar dll. Vokalis utama tu namanya Ahmad Syatibi. Suaranya memang merdu.

SATU CORETAN : Soutul 'Abqariy Dulu-dulu.....

Sebelum baca, ANDA disyorkan "klik" pada salah satu drpd "play button" lagu di bawah ini..tq




Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera...

Selamat Datang Ke Laman Sesawang Nasyid SA.. SA tu singkatan Soutul 'Abqariy..lah... :).. Sebagai muqaddimahnya... mungkin ada yg tertanya-tanya apa maksud Soutul 'Abqariy ni?? bunyi macam arab jer... memang arab pun, cuma wajah-wajah ahli SA ni jer yg mcm melayu2 sikit.. :), SA ni.. maknanya "Suara Orang-orang Yg Kreatif" ataupun "Melodi Kreatif".. bunyi macam best kan!!, harap2 gitulah.. nama nipun dipilih agar ahlinya sentiasa menampilkan kelainan di dalam persembahan mereka samada dari segi lagu, lirik mahupun gaya persembahan di hadapan khalayak.. nak kata best sgt tu.. takdaklah, tapi nak kata tak best pun kira tak lah jugak, kira oklah.. cuma, kewujudannya di SKBI ni bukanlah sekadar utk memenuhi kuoata jemputan ataupun penglibatan dalam pertandingan nasyid anjuran KPM yg diadakan saban tahun tu.. tapi lebih dari itu... Demi memartabatkan irama nasyid tanah air agar tidak luput dan hilang ditelan zaman.

Sebenarnya SA ni telah bertapak sejak tahun 2003 lagi. Pada waktu itu, semua ahlinya adalah terdiri daripada kaum Hawa.. perempuanlah.. maknanya kumpulan nasyid SKBI dulu-dulu semuanya perempuan.. suara depa memang mantap. Bab ketuk gendang ni, menang kat depa (10 berbalas 1) berbanding dengan budak lelaki pd waktu tu.. kalau suruh depa ketuk siap boleh menyanyi lagi.. (2 in 1)... pastu, boleh pulak sambil ketuk gendang tu main tamborin pakai kaki.. hebat, hebat.. dalam pertandingan pun kumpulan ni tak kalah, sakan jugak depa ni sampai pernah menjuarai MTQ R15 dan naib juara Daerah, Syabas!!!.

Oklah, tahun 2005 pula menyaksikan kumpulan nasyid SKBI didominasi oleh kaum Adam. Masa mula2 tukar tu, payah gak nak cari vokalis utama, maklumlah ramai yg tak berbakat drpd yg berbakat.. (jgn marah aaarrr...) maksud ayat tadi tu, ramai yg boleh menyanyi tp suara penyanyi tu ada yg tersekat2, yg se_g_u, ada yg ny_ri_g, yg lari tempo, yg tak kuar suarapun ada.. hehe.. yg nyanyi suka hati dia tanpa menghiraukan alunan muzik yg dimainkan (maknanya tiada penghayatan...) pun wujud.. :) pendek kata, susah nak cari. Payah..., ada la dekat dua kali "daih" buat audition, last2 jumpa gak.. sorang ni, suara dia memang best.. ada class.. nak tau nama dia? mungkin ada yg masih ingat pd murid yg bernama Syatibi. Dia kalau nyanyi org kata sampai menusuk ke dalam hati. Sejak dari itu, kumpulan nasyid SKBI ni semuanya lelaki, kasihan gak kat perempuan kan! Bukan apa, lelaki ni senang sikit nak jaga, pakaian pun tak susah, pakai yg ada-ada jer.. ala kadar.. Tak payah susah2 nak melaram.. (lari budget nanti dgn segala mcm accessories depa..) hehe, taklah gitu, lelaki ni pasai yg nak latih pun guru lelaki, so senang nak berurusan, kan! :).

Lepas Syatibi naik F1, pening kepala pula nak cari ganti, buat audition lagi, masa tu nama kumpulan nasyid ni adalah Soutul Hadhari (SH).. (Era Pak Lah katakan...) Ok, lepas audition, dpt sorang. Namanya Afiq, suaranya pun hebat dan best. Adalah dekat setahun lebih dia menyanyi bersama SH, pastu diapun naik F1. Pening kepalapun mai balik, tapi nak buat lagu mana, takpa laaa.., perjuangan mesti diteruskan. Intai sana, intai sini, teropong sana, teropong sini, cari segenap ceruk, last2 dpt gak pengganti, Alhamdulillah. Sebenarnya kalau kita ikhlas dlm setiap kerja kita ni, lebih2 lagi yg melibatkan pengorbanan, Allah tidak akan lupa pd janjiNya, Dia pasti menolong kita. SH pun diketuai oleh seorang murid yg baru darjah 4, suaranya bersih, air mukanya jernih, semangatnya cekal, minatnya kental, tapi... ada tapi juga.. :) cuma keyakinannya jer yg kena gilap sket-sket. Yelah, nak nyanyi ni kena ada keyakinan, selamba... baru suara yg kita lontarkan tu menjadi, bukannya boleh buat-buat. Kalau saja2 nyanyi ikut sedap mulut ataupun org la kata "syok sendiri" alamat lps nyanyi, tinggallah dia berdua-duaan dengan mikrofon kesayangannya atas pentas.. :). Tapi berkat sorang guru lelaki yg memang berpengalaman luas dlm bidang nasyid ni.. (Siapa lagi kalau bukan Us. Zamzuri...cewah..) dan nasihat dan perhatian daripada sorang guru perempuan yg agak garang gak, tapi berhati mulia dan bersifat keibuan iaitu Ust. Normah, pelan-pelan keyakinan tu datang dalam dirinya. Daripada malu-malu harimau, la ni.. dah jadi mcm harimau. Opsss..! maksud saya, semangatnya seperti harimau. Dah tak malu-malu. Daripada suara yg ala-ala rock basah ditimpa hujan di tengahari, dah jadi merdu bak buluh perindu. (Dah pandai main suara, esok untunglah cikgu kt Sek. Menengah..)

Daripada darjah 4 sampailah la ni, dah naik darjah 6 dah. Masih setia bersama SA. Nasib baik takdak darjah 7,8,9, sampai seterusnya. Alamat jawatan tetap dan berpencenlah penyanyi SA tu :). Nak buat mcmana, Farhan tetap Farhan, dia kan tetap menjadi Farhan yg akan melangkah pergi naik ke F1. Sedar tak sedar, SA sekali lagi bakal kehilangan sebutir permata yg digilap selama hampir 3 tahun. Memang benar, sejarah tak pernah lupa pada kita, ia tetap akan berulang dan berulang, cuma kita yg sering lupa akan kedatangannya. Tiada apa yg boleh dikata, tiada tinta yg boleh berbicara, cuma sumbangannya bersama SA dan rakan-rakan lain dalam mengharumkan nama sekolah tidak akan dilupa dan tidak dpt dibayar dgn permata dunia, hanya Allah shj yg layak memberi ganjaranNya di akhirat kelak. Amin...

Akhir bicara, Ingatlah, apapun kerja kita di dunia ini, hanyalah secebis sumbangan yg tiada nilai dan ertinya di sisi Allah sekiranya tidak diiringi rasa pasrah dan syukur serta ikhlas kepadaNya. Bersyukur semasa keberadaannya dan pasrah pada segala ketentuannya. Hidup ibarat roda, hari ini kita di atas, esok pula kita akan berada di bawah. Perjuangan mesti diteruskan, biarpun pening kepala datang lagi.. pengganti Farhan harus kembali dicari...

:)
Salam Hormat dr Webmaster.
Sekian.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 52



1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.



Dengar Lagu "JALUR GEMILANG"

Wednesday, August 19, 2009


أهلا وسهلا يارمضان
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1430 Kepada Seluruh Warga SKBI

Saturday, August 15, 2009

SISIPAN : Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular

تَحَصَّنتُ بِذِى الْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ وَاعْتَصَمْتُ بِرَبِّ الْمَلَكُوتِ وَتَوَكَّلْتُ عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لا يَمُوتُ
اِصْرِفْ عَنَّا البَلاءَ وَالوَبَاءَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Maksudnya:
"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai Kemulilaan dan Kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang Menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakkal kepada Tuhan yang Hidup dan yang Tidak Mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Friday, August 14, 2009

KOLEKSI : PERGI TAK KEMBALI - RABBANI

Setiap insan pasti merasa.. Saat perpisahan terakhir.. Dunia yang fana akan ditinggalkan.. Hanya amalan yang dibawa.. Terdengar sayup surah dibaca.. Sayunya alunan suara.. Cemas di dada lemah tak bermaya.. Terbuka hijab di depan mata.. Selamat tinggal pada semua.. Berpisahlah kita selamanya.. Kita tak sama nasib di sana.. Baikkah atau sebaliknya.. Amalan dan takwa jadi bekalan.. Sejahtera bahagia pulang ke sana.. Sekujur badan berselimut putih.. Rebah bersemadi sendiri.. Mengharap kasih anak dan isteri.. Apa mungkin pahala dikirim.. Terbaring sempit seluas pusara.. Soal-bicara terus bermula.. Sesal dan insaf tak berguna lagi.. Hancurlah jasad dimamah bumi.. Berpisah sudah segalanya.. Yang tinggal hanyalah kenangan.. Diiring doa dan air mata.. Yang pergi takkan kembali lagi..

Thursday, August 13, 2009

PERGINYA SEORANG PELOPOR NASYID TERSOHOR





KUALA LUMPUR 13 OGOS 2009 Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Kehilangan Asri yang pernah popular dengan lagu "Pergi Tak Kembali" bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah. Kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.
Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.
Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.

Friday, July 24, 2009

SOUTUL 'ABQARIY DI FORUM PERDANA

KEPALA BATAS 24 Julai - Kumpulan Soutul 'Abqariy telah diundang untuk membuat persembahan nasyid sempena Forum Perdana Ehwal Islam "Isra' dan Mi'raj". Bertempat di Dewan SMK Bertam Indah, kumpulan tersebut menyampaikan dua buah lagu iaitu "Al-Quran Teras Modal Insan Cemerlang" dan "Kesucian Islam" dengan didahului lagu "Boria Ahlan". Program yang julung -julung kali diadakan itu adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Kelab Guru SMK Bertam Indah dengan kerjasama PERKIM Kepala Batas.

أهلا وسهلا ومرحبابكم

Bersama Cenderahati Yang Diterima Selepas Membuat Persembahan...

SEDUTAN PERSEMBAHAN

"BORIA AHLAN"

Assalamualaikum Kami Mulakan,

Ahlan Wa Sahlan Kami Ucapkan,

Saudara Saudari Tuan dan Puan,

Forum Perdana Majlis Ilmuan,

Kumpulan Soutul 'Abqariy Tampil Ke Hadapan,

Mengajak Kebaikan Sambil Menghiburkan,

Mana Yang Baik Jadi Tauladan,

Mana Yang Buruk Jadi Sempadan.

Saturday, July 18, 2009

HAK'09

Kumpulan Nasyid Soutul 'Abqariy Bergambar Kenangan Sebelum Mengadakan Persembahan Semasa Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bertam Indah Kali Ke-7 (HAK'09) Pada 18 Julai 2009
Berdiri Dari Kiri : Haziq, M. Ilya Faisal, M. Farhan, Hafiy & M. Irfan
Duduk Dari Kiri : Qayyum Azfar, M. Syafiq & M. Farwiz.
(Tiada Semasa Persembahan : Mirza Rusyaidi)
...bersambung

Thursday, July 9, 2009

UNDANGAN NASYID

KEPALA BATAS 8 Julai - Kumpulan Soutul 'Abqariy dijadual akan menyampaikan sebuah persembahan nasyid sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SK Bertam Indah 2009 pada hari Sabtu bersamaan 18 Julai 2009 ini.

Kumpulan yang dibarisi oleh Muhammad Farhan selaku vokal utama, Muhammad Ilya Faisal, Muhammad Irfan, Qayyum Azfar dan Muhammad Syafiq akan menyampaikan dua buah lagu iaitu "Al-Quran Teras Modal Insan Cemerlang" dan "Kesucian Islam". Mereka akan diiringi oleh Hafiy, Haziq, Mirza Rusyaidi dan Muhammad Farwiz yang bertindak sebagai pemain alat muzik kongga, bonggo, gendang, marakas dan tamborin. Apa yang menarik, kumpulan yang telah dinobatkan sebagai Johan Nasyid Peringkat Kelompok R15 dan Naib Johan Peringkat Daerah Kepala Batas dalam Karnival Nasyid MTQSS 2009 baru-baru ini bakal mengalunkan kedua-dua buah lagu tersebut dalam bentuk medley. Setakat berita ini ditulis mereka dilaporkan telah giat menjalankan latihan bagi menyempurnakan undangan tersebut.

Wednesday, July 8, 2009

ALBUM...

Segak Bergaya...




Kumpulan Soutul 'Abqariy ketika mengetuai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Bertam Indah

MTQSS 2009

Kumpulan Soutul 'Abqariy Melakar Sejarah Buat Pertama Kalinya Apabila Berjaya Bergelar Johan Nasyid Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kelompok R14 2009. Walaupun Sekadar Mengondol Gelaran Naib Johan MTQSS Daerah Utara Selepas Itu, Kumpulan Tersebut Tetap Berpuas Hati Kerana Komitmen Yang Ditunjukkan Di Kalangan Ahli Amat Tinggi Sepanjang Sesi Latihan Yang Diadakan Walaupun Masing-masing Sibuk Dengan Persediaan Untuk Mengulangkaji Pelajaran Bagi Menghadapi Peperiksaan UPSR Yang Akan Berlangsung Tidak Berapa Lama Lagi.
TAHNIAH DAN SYABAS DI ATAS KEJAYAAN YANG DIKECAPI...


Ahli Kumpulan Nasyid Soutul 'Abqariy Menerima Hadiah Berupa Sijil dan Piala Johan Nasyid MTQSS 2009 Daripada Penolong Kanan 1 SKBI Pn. Hawa Bt. Mat Yazid

(SEDUTAN PERSEMBAHAN SEMASA HARI MTQSS)


"AL-QURAN TERAS MODAL INSAN CEMERLANG"

"KESUCIAN ISLAM"