Friday, January 8, 2010

PENCARIAN BERMULA...

entri dalam pengemaskinian...

Friday, January 1, 2010

2010 TAHUN CEMERLANG

Tirai 2009 yang berlabuh semalam memahat pelbagai kenangan pahit dan manis bagi setiap insan termasuk warga SKBI. Ia tidak akan kembali lagi dan akan terus pergi jauh meninggalkan kita. Apa yang pasti, 2010 telah muncul dan tentunya pelbagai impian dan matlamat disasarkan demi memacu kerjaya yang diamanahkan agar terus gemilang dan lebih cemerlang.

Bagi pengurusan nasyid Soutul 'Abqariy, kedatangan 2010 telah menjanjikan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh khususnya dalam mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan. Apatah lagi, tahun 2010 adalah tahun yang menjadi kayu pengukur kepada SKBI untuk merealisasikan matlamatnya menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang dalam semua bidang di peringkat Daerah Utara.

Kumpulan nasyid Soutul 'Abqariy tidak terlepas daripada menerima cabaran dalam merealisasikan impian tersebut. Jika sebelum ini, gelaran naib juara sudah sinonim dengan mereka, pastinya gelaran juara pula yang diintai-intai. Bagi mencapai hasrat tersebut, gerak kerja yang perlu dijalankan tidaklah sekadar melepaskan batuk di tangga atau hangat-hangat tahi ayam, bahkan menagih seribu pengorbanan yang perlu dicurahkan.

Dengan pengurusan baru, semangat kerjasama dalam pasukan yang selama ini menjadi pegangan diharapkan terus kukuh dan mantap dalam meyusun strategi untuk mencorak kejayaan demi kejayaan sepanjang 2010. Agar bahtera kejayaan terus menjadi milik kita dan segala impian dan matlamat yang dilukiskan selama ini dapat digapai dengan lebih bergaya.

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Dulu dan Kini...



TAHNIAH!!!

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN CEMERLANG 5 ORANG AHLI NASYID KUMPULAN SOUTUL 'ABQARIY DALAM UPSR 2009.

1. MUHAMMAD FARHAN B AMRI - 5A
2. HAFIY B HUSNI - 5A
3. MUHAMMAD IRFAN B MOHD MOKHTAR - 5A
4. ABDUL SHAFIQ AFFENDY B ABD JALAL - 5A
5. MUHAMAD ILYA FAISAL B CHE MOHAMAD ILIAS - 4A1B

Tuesday, September 29, 2009

KEAMANAN : Hijjaz, Rabbani, Raihan & Brothers

Didekasikan Untuk Seluruh Rakyat Palestin...
Semoga Perjuangan Anda Membebaskan Palestin Daripada Cengkaman Yahudi Akan Beroleh Kemenangan Di Akhirnya... Amin.








Keamanan

Tangisan selubungi alam, Kisah manusia yg terleka
Terhina di bumi sendiri, Kifarah terbiar dari Ilahi
Hilang segala apa yg dibina, Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya
Dengan air mata,Sukar bertukar duka
Cahya harapan berubah gelita,
Kepayahan hidup yg amat sengsara
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan

( Kasih sayang sesama insan )



Hulurkan bantuan, Kepada yang memerlukan
Perhatian dan Pembelaan, Belah kasihan
Semaikan benih keimanan, Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita



( kanak-kanak )
Sinar dan harapan,Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita, Memerlukan pengorbanan semua
Masa hadapan yg kita impikan, Dunia yg penuh ceria
Hidup aman sentosa, Bahagia



( korus )
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang, Harapan dalam kehidupan, Setiap insan
Hulurkan bantuan, Kepada yg memerlukan
Perhatian dan Pembelaan, Belah kasihan
Hentikan sengketa, Hilangkanlah penderitaan
Kita sesama manusia, Bersaudara

Thursday, September 24, 2009

IHYA' RAMADHAN




Pada Hari Khamis Ramadhan 1430H bersamaan 17 September 2009 yang lalu Kumpulan Soutul 'Abqariy telah mengadakan persembahan nasyid sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Kemuncak Program Ihya' Ramadhan 2009 SK Bertam Indah. Majlis yang dirasmikan penutupannya oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah SPU, Tn. Hj. Abu Bakar b. Muad itu dimulakan dengan paluan kompang bagi mengiringi peserta khatam yang seramai 200 orang dan dif-dif kehormat masuk ke dewan terbuka. Majlis yang diserikan dengan aluan syahdu Asma' Al-Husna pada awalnya turut menampilkan 19 peserta khatam yang menwakili 200 murid khatam bagi mengalunkan bacaan surah-surah Al-Quran bermula dengan surah al-Dhuha dan diakhiri dengan surah al-Nas di atas pentas. Kumpulan Soutul 'Abqariy menyampaikan sebuah lagu yang berjudul "Sinar Ramadhan" yang pernah dipopularkan kumpulan nasyid terkenal tanah air iaitu Hijjaz.